klu ikutkan hati, dia rindukan seseorang..tapi nak buat camner, mungkin bukan masanya untuk die menyatakan semua itu. telinganya menangkap, perbualan radio kegemaran ibunya, sekali sekala dirasakan lucu dengan loghat pekat pantai itmur yang digunakan oleh deejay dan pemanggil. huhu..len sangat, padahal mya da biasa sangat dengan loghat itu. tanpa loghat itu,siapalah mya di dalam dunia nie kan?
asal usul mane leh kita lupakan. da berhari hari mya kat perantauan, bila nak melangkah keluar mmg hati mya berat sgt, tapi semua itu digagahi jugak untuk mencari satu sinar yang mampu membuat umi tersenyum. mya rela,walau nyawanya tergadai. mya rela, untuk senyuman uminya.
kalau dulunya, uminya yang bersusah payah untuk kebahagian dirinya, kini da tiba waktunya untuk mya memikul tanggungjawab itu.
hatinya terasa rindu pada terengganu, rindu pada bau karipap, rindu kan pada angin kampung yang membawa wau2 berterbangan..juga mya rindukan bau biliknya sendiri.
terasa sangat...dia rindukan adik bongsunya.
adik...
huhuhu...
tapi xmengapa lah, kesedihan kerana kerinduan kali ini akan ditukarkan kepada senyuman yang berpanjangan untuk keluarganya itu.
banyak yang mya angankan, semuanya untuk membawa senyuman pada setiap ahli keluarga mya. bukan mya xhiraukan diri sendiri, cume sekarang apa yang penting mya mampu membalas sedikit daripada jasa yang telah diberikan oleh keluarga mya kepada dirinya sepanjang hayatnya sehingga sekarang.
rindunya... harapan...impian...usaha untuk mencapai semuanya. doakan semuanya akan menjadi kemanisan..
🎥 Download An Acceptable Loss Blu Ray
5 years ago
No comments:
Post a Comment