Monday, October 12, 2009

Padahnya jadi cikgu x mesra alam...ha3

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


by>pinkoq_smile

Sunday, October 11, 2009

sajew2....


sepetang duk edit blog...he2....
sambil2 tu duk edit gambo...xreti la bab2 edit gambr ni...
biasa2 pandai la...
urm mlm nih de shooting kauseling..ha3..poyo ja...mlsnye..
asemen berlambak lum siap..bile la nk siap...come on la dyh..(wake up) 2x
pe2 pun..idup mesti enjoy....hu3....peace

Aku rindukan-NYA

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
kali ini kita berbalik kepada isu serius...tentang NGO2 yang menjadi dalang pada satu kemenangan yang sepatutnya xharus dimenangi.
isu murtad n kaitannya ngan NGO ni..
apa kaitan ye?
pe yang mereka2 ni da buat...
aku xnak tulis panjang lebar, cuma kepada seseiapa yang berminat untuk menyanyangi islam, tolong kaji tentang isu ini.
NGO2 yang terbabit :
1.MALAYSIAN BAR COUNCIL
2.ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM)
3.SISTER IN ISLAM ( SIS )
4.CATHOLIC LAWYERS SOCIETY
5.INTERFAITH SPIRITUAL FELLOWSHIP
6.MALAYSIAN CIVIL LIBERTIES SOCIETY ( MCLS )
7.MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF BUDDISHM, CHRISTIANITY, HINDUISM AND SIKHISM ( MCCBCHS )
8.NATIONAL HUMAN RIGHTS SOVIETY ( HAKAM )
9.PURE LIFE SOCIETY
10.SUARA RAJYAT MALAYSIA ( SUARAM )
11.VIVEKANANDA YOUTH MOVEMENT SEREMBAN
12.WOMEN'S AID ORGANIZATION ( WAO)
13.WOMEN'S DEVELOPMEN COLLECTIVE (WDC)
aku termenung lagi, monolog kali ini tentang jodoh dan cinta...
macam lah aku fasih sgt tentang 2 isu besar nie. tapi aku cuba lah menjadi pujangga pada syair cinta, menjadi penyair pada soalnya jodoh.
kata orang, cinta adalah jodoh...
datangnya cinta, bakal berakhirnya satu jodoh..
kata len pulop,
adernya jodoh, maka terciptanya cinta..
tentu korang pening... pe 2?
alaa...macam telur dan ayam...saper yang datang dulu.
antara cinta n jodoh, saper ibu, n saper anak???
bagi aku...
jodoh datang dulu, xder jodoh, maka xder lah cinta..
aku????
mencari jodoh untuk mendapatkan cinta...
tapi jodoh tu terlalu rumit untuk aku katakan...
jodoh itu takdir, takdir itu juga adalah cinta..
soo...
conclussionnya...
aku menanti si jodoh pada sebuah mimpi..
mimpi yang sentiasa mekar mewrnai setiap detikku.
moga mimpi itu adalah realiti..
aku menantimu..
amin

Saturday, October 10, 2009

hahaha

bicara kekasih kepada buah hatinya..
kalau ko tangkai, aku maw menjadi bunganya..
kalau ko dunia, aku mahu menjadi isinya,
kalau ko lautan, aku maw menjadi bayunya,
kalu ko utan, aku mahu menjadi orangnya...
kalu ko sakita, aku mahu menjadi ubatnya..

hehehe.

kalu ko mati,
jgn lupe semua kebaikkan ku itu.,
masukkan sekali aku dalam amanah mu
name aku, jangn buat lupe dalam wasiatmu.
ingat tu..

puisi buat sahabatku > syuhada..renung2kanlah

Duhai hati
bersabarlah dikau pada saat ini
bersabarkah dikau dgn ujian ini
bersabarlah dikau dgn onak duri
kerna ujian dan onak itu hanya di sisi buat tika ini

Duhai hati
akan sampai satu masa nanti
dikau merasai nikmat2 dlm kehidupan ini
dikau kan merasa keindahan dlm kehidupan ini

Duhai hati
yakinlah tuhan mengetahui apa yg terpendam di sisi
yakinlah tuhan memahami apa yg menjadi kemahuan di sisi
yakinlah tuhan mengganjari pengorbanan diri
yakinlah akan ada bahagia selepas ini

Duhai hati
bersabarlah dlm ujian ini
walau ia terlalu perit di sisi
namun hakikatnya bahagia telah menanti
menanti diri yg bersusah dlm kehidupan ini

Duhai hati
sabarlah dlm kehidupan ini
kerna satu tika nanti kau kan nikmati hidup ini
kau kan nikmati bahagia di sini dan di sana nanti
namun kau mesti tabahkan hati tika ini

Duhai hati
bersabarlah tika ini
kerna esok mungkin menjadi milik diri
kerna esok kan kau takluki si dia yang suci
kerna esok bahagia kan menanti
dan penantian itu pasti walau mungkin bukan di sini

by ...pinkoq_smile