Tuesday, December 22, 2009

kematian...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala.Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan
sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

untuk kita semua

semua kat bawah ni berkait rapat sangat ngan kita...hayati lah
AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

-Surah Al-Baqarah ayat 216

3) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

4) RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

6) APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

8) AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

doa untuk elakkan kejadian rogol

yang nie aku dapat dari blog seseorang... untuk pedoman kita semua.
AMALKANLAH

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Allahumma in kunta ta'lamu an ni a~mantu bika wa birasu~lika wa ah shantu farji illa a'la zauji fala~ tusallit alay yal ka~fira waz za~lima.

Terjemahan :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
Ibu doakan kepada anak perempuannya:
Allahumma in kunta ta'lamu annantani a~manat bika wabirasulika wa ah shanat farjaha~ illa ala jauziha~ fala tusallit alaihal kafira waz za~lima

Terjemahan :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Nota
~ = tanda panjangkan bacaan
' = huruf yang mati bertemu ain (contohnya ayat kunta ta'lamu dibaca taklamu tapi tak boleh ditulis tak di dalam tulisan rumi)

pantai 2

hari ini pagi2 lagi mya ke pantai...betul pe seperti yang apek kata, klu hati ngah runsing, tengoklah kehijauan, tentu runsing tu akan reda walaupun sedikit. ombak hari ini menganas lagi, gulungan demi gulungan membuat hati mya dihambat rase dingin yang terlampau. pokok2 yang ada bergoyang goyang mencipta iramanya yang tersendiri...
hati mya juga begitu, mentafsir gelodak hati mengikut paluan ombak yang datang. kerap benar mya menulis pada diari blognya ini.. penulisan seperti memberi dia kehijauan yang amat luar biasa. semua diluahkan, semua dimuntahkan..biar seme taw hatinya bagaimana, supaya dia tidak lagi menanggung raser sakit.
sebenarnya dia rindukan seseorang, seorang yang dia tak tahu wujudkan hatinya pada seorang gadis sepertinya...lelaki itu yang dia tunggu. ntah siapa, dimanakah dia, n bila dia akan datang mencari mya. pesoalan itu menjentik nalurinya,, kaulah lelakiku, namun aku xpasti siapakah kau???
takdir, cuma takdir yang bakal menjwab semua persoalan itu.

Monday, December 21, 2009

pantai

semalam mya ardila ke pantai...seme taw ombak tu putih, seme taw bayu tu cukup lembut.
semalam, mya pilih tempat yang agak eksklusif, jauh dari orang n begitu dekat ngn pukulan ombak. hatinye tenang sangat, saat ombak tu datang...mya raserkan hatinya mindanya mengumpulkan segala perasaan yang resah, dan kemudian bile ombak tu kedarat, n kembali ke pantai...semua itu dilepaskan. nun jauh ke merata tempat. hatinya terubat sedikit...
pantai..kalau ko taw aku ngan gelora, apakah bayumu dapat mambantuku menukarkan ia kepada ombak?
pantai...kalau ko taw hatiku ngan bersedih, apakan percikan ombak itu terase masin di bibirku?
pantai...kalu ko taw aku tersangat gelisah...adakah ko mampu meleraikan ia seprti ko leraikan pasir di bentengmu.
pantai....kalau ko taw diriku nie berkecamuk...apakah kau mampu membina tepian yang amat rata?
semue tu aku tanyakan kepada pantai... kalaulah seme tu terjwb, aku pasti diri ini akan lebih dekat ngan pantai..
xguna mengeluh, xguna bersedih, xguna aku obses ngan masalah...
aku cuma diriku, yang lemah pada dugaan, tapi kuat pada hakikat tentang hidup yang perlukan dugaan...
apa yang perlu aku lakukan...
perlukah langkah ini aku derap ke jalan ku sendiri?
perlukah hati ini terkaku melihat dia meronta ?
perlukah jiwa ini kejam membina benteng yang makin kukuh?
semua itu menjadi persoalan yang xkkan pernah reda...
aku terima, n mungkin ini tangisan ku pada sebuah ikatan setia persahabatan.

kata hati yang terbuang

kalau aku taw semua ini akan terjadi...mesti aku xkkn buat camtu dulu. tapi sampai bila aku nak diam, trime seme perubahan yang berlaku tnpa aku rase apa2? aku pom manusia jugak. hargai org yang x hargai kita, penatnye...
seme yang kita buat salah bagi kita...cinta itu mmg buta. uh... ntah lah... aku jew kot yang dalam dunia nie tertekan ngn ikatan persahabatan. hahahah including kwn aku sowg nie. hehehe..
dyah ...bygkan pe yang telah terjadi? penatnye nak buat owg raser kita nie take care pasal dia, tapi dia asom xtaw tentang tu. aku trikat ngan janji, cume tuhan jew yang taw betapa aku hargai janji2 tu seme n mmg nak tunaikan janji tu. klu aku nie lupa pada janji aku raser da lame aku buat xtaw jew pasal die. da lame aku doakan die yang baik2, tapi hasilnye, aku jugak yang terjerat.

Sunday, December 13, 2009

hari nie pasti sudah berlaku..

da lame xmenjenguk ruang nie...jantung hati ku, tempat aku menumpang segala perit kalbu. disini segalanye terlukis pada pena tulisan yang lahir dari sinopsis hidup yang penuh liku.
nada pada lagu yang tak pernah menipu takdirnya...
nada itu tangisan...aku menangis? manusia mana yang hidupnye kontang tanpa tangisan? manusia mana yang umurnya tak pernah bertemu dengan air mata. mataku memandang jauh...hidup nie masih panjang, dalam perjalann yang sudah menjangkau 2 2 tahun pelbagai peristiwa telah aku alami. semuanya aku telan dengan penuh teladan dan kenngan. hidup...
kalau drite, bukan istimewa sebuah detik...
kalau ketawa, bukan unik sebuah masa...
itu yang aku pegang...